“Berbasikal menyihatkan badan, menjernihkan fikiran.” Dalam dunia digital kini, ramai remaja leka dengan gajet dan mengabaikan aktiviti fizikal. Sedangkan kayuhan basikal bukan sekadar hobi, malah membantu mencergaskan tubuh dan mencerdaskan minda.
Berbasikal selama 30 minit setiap hari mampu memperbaiki peredaran darah dan kesihatan jantung. Ia juga merangsang hormon endorfin yang mengurangkan tekanan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 menegaskan agar kita tidak mencampakkan diri ke dalam kebinasaan, menunjukkan pentingnya menjaga kesihatan.
Selain itu, aktiviti ini menggalakkan sahsiah dan keterampilan sosial. Kayuhan berkumpulan memupuk kerjasama, toleransi dan perpaduan. Program seperti “Kayuhan Sejahtera” boleh dianjurkan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam masyarakat.
Kesimpulannya, berbasikal memberi manfaat menyeluruh dari segi fizikal, mental dan sosial. Saya berharap aktiviti ini digalakkan di sekolah dan komuniti demi kesejahteraan generasi akan datang. Ayuh, kayuh menuju kecemerlangan hidup!
|