Lat Ta Li Lat Tham Plom (Laporan)

Lat Ta Li Lat Tham Plom (Laporan)
 
Lat Ta Li Lat Tham Plom
Tulis satu karangan bentuk berformat yang mempunyai 150 patah perkataan.
 
DSKP SKEMATIK :

Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

DOMAIN :

Awam

TEMA :

Lat Ta Li Lat Tham Plom

KATA KUNCI :

Kebaikan

ISTILAH SOALAN :

Tulis laporan itu

FORMAT :

Laporan – Berformat

ISI KANDUNGAN :
  1. Permainan ini perlu diketengahkan
  2. Sambutan pelajar terhadap acara ini amat memberangsangkan
 
Pada 28 Mei 2025, SMK Seri Budaya telah menganjurkan Program Seni dan Budaya bertemakan “Indah Seni, Endah Budaya” di Dewan Sri Warisan. Antara acara utama ialah persembahan permainan tradisional Lat Ta Li Lat Tham Plom, yang penuh dengan nilai estetika dan warisan bangsa. Program ini bertujuan menyemai semula cinta budaya dalam kalangan pelajar. Pepatah Melayu menyebut, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,” melambangkan keteguhan budaya warisan.

Mengapa permainan ini perlu diketengahkan? Permainan ini bukan sekadar hiburan, malah membentuk sahsiah, kerjasama, dan semangat berpasukan. Dengan irama santai dan gerakan mudah, pelajar mempelajari nilai kekitaan. Jika tidak dipelihara, generasi akan kehilangan jati diri dan akar budaya. Seperti pokok, akar yang kuat menjamin tegaknya batang.

Sambutan pelajar terhadap acara ini amat memberangsangkan. Ramai yang teruja mencuba permainan lama yang hanya mereka dengar dari nenek moyang. Impaknya termasuk pemupukan minat budaya, pengukuhan identiti nasional dan jati diri bangsa.

Sebagai cadangan, Kelab Warisan Budaya wajar ditubuhkan. Guru juga boleh menyelitkan unsur budaya dalam pengajaran. Dengan kerjasama semua pihak, seni dan budaya kita pasti terus mekar. “Bangsa yang besar ialah bangsa yang tidak melupakan budayanya.”

(181 patah perkataan)
 
LEGEND
  Isi Penting
  Mengapa isi penting tersebut dipilih
  Bagaimana untuk melaksanakan
  Kesan sekiranya ia dilaksanakan kepada masyarakat/ ekonomi/ etc
  Penegasan pemilihan isi penting
  Pantun/ Kata Hikmah/ Slogan/ Peribahasa/ Hadis/ Al-Quran/ etc